Saturday, May 10, 2008

info

dalam mempelajari Bahasa Arab ni sebenarnya wajib bagi kita untuk mempelajari ilmu Nahu (tatabahasa) beserta *ilmu Saraf .
saya akan cuba berkongsi sedikit sebanyak asas ilmu Nahu dan juga Saraf dengan anda sedikit demi sedikit kerana tidak mahu mengelirukan anda.
untuk entry kali ni, saya ingin mengenalkan beberapa point penting dalam ilmu Nahu.

Mari kita pecahkan kalimah itu kepada tiga bahagian:

Kalimah --> 1) Noun (Isim)
--> 2) Verb (Fi'il)
--> 3) Harf

1) Isim adalah kata Nama spt Ali, Ahmad, Jabal (gunung) etc

2) Fi'il pula terbahagi kepada tiga bahagian: - Fi'il Madhi (past tense)
- Fi'il Mudhari' (present tense)
**- Fi'il Amar

3) Harf pula adalah huruf2 seperti kata penyambung (dan,atau etc) pertanyaan dan sebagainya. saya akan memberi contoh huruf2 ini pada entry akan datang insyaAllah. InsyaAllah saya akan cuba membuat rajah untuk pecahan ini agar senang untuk di fahami beserta dengan penerangannya sekali.



*ilmu Saraf: ilmu yg mengajar kita tentang pecahan2 setiap kalimah samada untuk mencari asal kalimah itu, menukar kalimah, menambah huruf kalimah ataupun membuangnya dan sebagainya.

**fi'il amar: digunakan sebagai ayat perintah seperti 'ijlis' (duduklah).

No comments: